Sunday, February 13, 2011

kElEbIhAn SeNyUM

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".



Saturday, February 12, 2011

rAhSIa mEnUjU kEjAyAAn

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi..
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.




PANDUAN BELAJAR [ ke atas ]
Kaedah Belajar Berkesan
1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
5. Memahami apa yang dibaca.
6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.


 
Kata Bermotivasi [ ke atas ]
Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda...

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.- Confucius


Thursday, February 10, 2011

KeSaBrAN, kEyAkInAn, PeRsAhAbAtAn, pEnGhArGaAn dAlAM hIdUp..

salam semua...:)...time kasih cz sudi meluangakan mase unt membace blog sy tak seberape ni...sy rasa masih belum terlambat unt sy berkongsi dengan kalian mengenai pro yang sy ikuti 2 minggu yang lps..walaupn dah lame berlalu..masih terkesan lg di hati sy..yang mana mengajar sy satu erti penghargaan dalam kehidupan.."program caounselarization" ianya diberi nama..prog yang memakn mase 2hari yang hany dilakukan disekitar kampus..walaupun tak bergerak jauh..tp sy rase gembira..:)ape yang sy ingin kongsikan adalah satu ada beberapa perkara yang sy pelajari..yang berkaitan dengn kehidupan..satunya..PERSAHABATAN...:).prog yang dilakukan mengajar kami erti persahabatan yang sebenar..walaupun sebelum ini kels kami lebih dikatakan lebih mementingkan diri sendiri..tp lps pada prog sy dpt rase kan yang kami semakin rapat atau lebih best "jelekit"...suke sgt..walaupn dl ada kawan yang rapat kami jadi renggang..tp lps prog kami rapat semula..


 KEDUA: erti penghargaan dan kesabaran...yang mana kesabaran ku btl2 teruji semasa akt eksplorace..penat sgt2..bygkan kene pusing satu kampus..adoi..pnt tp berbaloi..hehehehehe..penghargaan pula dr segi menghargai alam sekitar..:)

muke2 kepenatan..:)  





nmpk kepenatan di situ..:)..jgn mare haaa



KETIGA: perkara yang paling penting y sy pelajari..keyakinan..terutama pd diri snd..sgt2 penting..yang bolh sy katakan kat sini..sekiranya kita yakin pd kemampuan diri kita..kita pasti dpt melakukannya..begitu juga..sekiranya kita senantiasa bersangka baik dengan Allah..Allah akan memberi kebaikan kepada kita..semasa dalam prog ni..perkara yg tak pernah terlintas di fikiran sy yang mana straw yang lembut tu boleh menembusi kentang y keras.....sy sendiri tak percaya...:)tp kalau kita yakin..pasti boleh..:)   

huhuhuh...  

hasilku...mcm unta daaaa...:)

 

swwweeettt sgt2 time ni..:P

BiLa AkU SuDaH BeSaR

Salam semua..:)..kat sini terasa ingin berkongsi sedikit kisah mase zaman2 ribena...sy percaya setiap individu panti akan melalui zaman2 kanak2 yang cukup menggembirakan..kisah ni pasti takkan ada dimana2 melainkan kite snd yang mengalaminya.  kalau dikenangkan kembali zaman2 kanak2 ku sungguh meyeronokkan...terasa seperti ingin kembali ke zaman itu...aku percaya..setiap orang mempunyai angan2 yang tersendiri, "bila besar aku nk jadi ape ek?..nak jadi polis macam abah ke nk jadi cikgu ek"???..kalau korang nk tahu..dl mase kecik2 sy berangan nak jadi penyanyi..punyela berangan2..mane taknye..kalau tgk gambar mase kecik2 tak de pun yang tak bermake up...ikat pulak rambut tocang..huhuhu..kelakar ke ingt balik mse tu..tp takpela..sume tu indah unt dikenang..hehehe..bile dah besar kit..tgk abah ari12 p keje pakai pakaian seragam polis....simpan angan2 tu nk jadi polis..tp abah tak berapa nk galakkan aku menjadikan polis sebagai satu kerjaya..mane taknye..myb sebb aku sorg je kot ank pompuan die..hehehe..tak pela..cyg abh...:)...

mase zaman ribena..:)   

Tp bile dah besar n...keinginan unt menjadi seorang guru semakin berkobar2...dan mgkn sudah takdir...mgkn dengan izinNya..aku bakal menjadi kaunselor..mudah2an..dan moga dipermudahkn semuanya..:)


Tuesday, February 8, 2011

Tanda-tanda Sakitnya Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam 1Malaysia buat semua yang sudi meluangkan masa unt menjenguk di blog sy n...korang sume pernah tak terfikir ape die tanda2 sakitnye hati kite n?sy saya dalam kehidupan seharian kite..kite tak kan lari dari utn berperasaan seperti ini..tak kirela sakit hati disebabkan kawan baik ke, teman sebilik ke,jiran sebelah ke..mcm2 la..hihi..kat sini saya nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya baca daripada buku Rawatan Keracunan Hati karangan Basri Ibrahim. dalam petika buku tersebut menyatakan kadang2 hati seseorang itu menderita sakit, yang mana sakit yang dihadapinya agak tenat, namun perkara tersebut tidak disedari. bahkan kadang2 hati tersebut mati, tetapi kita tidak menyedari akan kematian itu. tanda mati atau sakitnya hati ialah apabila kita sendiri merasa sedih dan bersalah, apabila melakukan bermacam bentuk maksiat. kejahilannya tentang kebenaran, tidak mendukacitakan.



 selain daripada itu juga, akidah2 yang menjadi pegangannya adalah akidah2 yang batil. jika satu2 hati itu benar2 hidup, ia akan menderita apabila berlaku perbuatan2 keji dihadapannya. ia akan merasa menderita jika jahil dgn kebenaran. dan antara  tanda sakitnya hati ialah keengganannya mengambil makanan yang berfaedah, sebaliknya lebih suka mengambil mknn  yang memudaratkan. hati yang sihat akan mengutamakan ubat yang berfaedah dan boleh menyembuhkannya, dari mengambil ubat yang memudaratkannya. hati yang sakit akan mengambil ubat sebaliknya. makanan yang paling berfaedah ialah makanan iman manakala ubat yang paling mujarab ialah ubat Al-Qur'an...:)..renung2kan...


 
hati yang sakit perlu diubati sebelum ianya melarat..