Sunday, January 30, 2011

Erti DUIT Dalam Islam




D

Kita memerlukan D. D = Doa. Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.

U

Kita memerlukan U. U = Usaha. Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.
I

Kita memerlukan I. I = Ikhtiar. setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.
T

Kita memerlukan T. T = Tawakal. Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.

Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Thursday, January 27, 2011

Ciri-ciri Menjadi Seorang Pelajar Cemerlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)




9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.



28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)


Kenangan Perkhemahan Kelana Siswa

salam pada semua..saya mendoakan agar ada semua dalam keadaan baik hendakNya. suka untuk saya berkongsi akan satu cerita yang saya tidak akan lupe sampai bila2. satu kejadian yang tidak disangka2. saya bersama beberapa coursemate saya telah mengikuti satu perkhemahan kelana di Taman Ria Templer, Rawang. selama 3 hari 2 malam kami bermalam di dalam khemah. perkhemahan pada kali ini merupakan perkhemahan kali ke3 yang pernah aku ikuti selama aku menyertai kelana siswa. sangta menyeronokkan dan ianya memberi kenagan terindah. pada saya ini merupakan saat2 yang dinantikan yang mana bila lagi saya ingin merasakan seperti yang dilalui pada ketika itu. namun pada permulaannya, saya begitu tidak bersemangat untuk mengikuti perkhemahan ini. namun semua itu ada hikmahnya. saya hanya mempositifkan fikiran saya yang mana sekurang2nya perkhemahan yang saya hadiri ini kurang2 dapat meredakan tekanan yang dialami. sekurang2nya saya dapat merasa sedikit kegembiraan bersama teman2 seperjuangan. pada hari pertama kami di kem tersebut, amat memenatkan yang mana kami bertungkus lumus untuk mendirikan 2 buah khemah dan membersihkan tapak perkhemahan kami. tidak ku sangka, pada sebelah petangnya, hujan lebat telah membasahi bumi.pada aku, sepanjang menyertai perkhemahan, ini merupakan kali pertama hujan turun time aku camping. mungkin ini merupakan sesuatu yang baru bagi aku kerana sebelum ini aku tidak terbiasa dengan keadaan seperti ini. kelam kabut juga kami dibuatnya dengan nak selamatkan barang2 kami lagi dan mcm2 lagi lah... pada sebelah malam pula, kami terpaksa kelam kabut untuk taklimat di dewan pula. setelah makan, kami meninggalkan sahaja barang2 yang telah digunakan di luar khemah kami. kami menyangkannya ianya akan selamt. namun ape yang kami fikirkan meleset sekali. tidak ku sangka, setibanya kami di tapak perkhemahan, kami terkejut, kerana makanan yang kami tinggal di khemah tersebut licin di makan binatang. dengan periuk kuali yang kami bawa abis berterabur. ape yang aku fikirkan pada ketika itu sangat negatif. aku memikirkan hantu. pada mulanya rasa kelakar, tapi itu yang akau fikirkan. kalau ikutkan hati, mau sj mlm tu aku nk blik UPSI.heheheh..kami pun bergotong royong untuk mengemas barang yang bertaburan td. setelah itu, kami bertungkus lumus untuk menyiapkan gadjet. sekitar 3.30 pagi baru aku dapat mandi. bau jgn katelah..tp apekan dy itu lah namenye camping..kenangan terindah kot...:)..sedang aku menyiapkan dir, aku terdengan suara kecoh2 di luar toilet..aku pun jenguk.. betapa aku terkejut!! tak sangka ada babi hutan berhampiran dengn tapak khemah aku..kecut perut aku..mane taknye..1st time kot tgk babi dpn mate..heheheheh..menggerunkan..tapi nasib baik ada lg yang belum tidor telah menolong kami..mlm tu kami berpakat tak mau tdo dalam khemah, kami pun tdo di surau...


pada ari keduanya, aktiviti berjalan dengan lancar. mcm2 yang kami buat, antanya belajar kawad tongkat, belajar nk masak guna buluh dengan di bekalkan 3 batang mancis, pioneering iaitu buat gadjet yang besar ala2 mcm menara gitu..heheh..n mcm2 lagila..pada sebelah mlmnya kalu ikutkn ada mlm pengakap yang mana setiap kump (patrol) kene buat persembahan. tapi kali ini takde..myb ade beberapa modul yang kami perlu abiskan..bgs jugak..lagipun mlm tu aku rase penat yang teramat sgt2..sampaikan nk dgr ceramah pun mmg dah tak larat..mlm tu..tapak khemah kami di datangi babi hutan lagi..ssaaabboorrrr jela...hai..hihih..aku tak sabar nk tgu esoknye..na blik UPSI..nk tdo puas2..mmg tak ckp tdo kami dibuatnye..ok la kalian..kat bawah ni aku sediakan beberapa lg gmbr yang aku sempat ambik..nk ambik lbh2 tkt bateri tak ckp lak..basela..kalu bawk charger pun tak tahu nk cucuk kat mne..:O..arap2 kalian semua terhiburla gn perkongsian yang tak seberapa ni...







Ciri-ciri Menjadi Seorang Kaunselor Yang Hebat

Secara mudah kaunselor adalah orang yang menjalankan perkhidmatan "bimbingan" dan "kaunseling". Walau bagaimanapun dewasa ini ada profesion-profesion tertentu yang menyebut diri mereka juga sebagai kaunselor seperti ‘pest counselor’, ‘funeral counselor’, ‘car counselor’ dan sebagainya, tetapi tidaklah ia akan dibincang secara detail disini.

Menjadi seorang kaunselor bukan bermakna diri kita adalah seorang yang hebat, yang boleh ‘menaklok’ segala masalah, boleh melihat masalah dari raut wajah seseorang dan sebagainya. Fungsi kerja seorang kaunselor adalah didasarkan kepada falsafah kaunseling itu sendiri iaitu;

1. Kaunseling adalah berdasarkan pada pengiktirafan tentang digniti dan harga diri seseorang individu dan haknya untuk mendapat pertolongan pada waktu yang diperlukan.
2. Kaunseling perihatin pada perkembangan optimum keseluruhan individu.
3. Kaunseling mestilah menghormati hak individu menerima atau menolak pertolongan dan khidmat yang diberi padanya.
4. Kaunseling berkisar di sekitar kerjasama dan bukan paksaan.
5. Kaunseling mestilah diserahkan kepada orang yang mempunyai latihan dan pengalaman dibidang tersebut.
6. Fokus kaunseling ialah menolong individu menyedari dan menggunakan potensi dan keupayaannya dan bukan hanya menyelesaikan masalah yang ‘isolated’ atau berasingan.

Bagaimana menjadi seorang kaunselor yang therapeutic?

Menurut Gerald Corey (Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy), ada 19 cara yang ‘baik’ untuk menjadi kaunselor yang therapeutic:

1. Effective counselors have an identity
2. They respect and appreciate themselves
3. They able to recognize and accept their own power
4. They are open to change
5. They are expanding their awareness of self and others
6. They are willing and able to tolerate ambiguity
7. They are developing their own counseling style
8. They can experience and know the world of their client, yet their empathy is nonpossessive
9. They feel alive, and their choices are life-oriented
10. They are authentic, sincere, and honest
11. They have sense of humor
12. They make mistakes and are willing to admit them
13. They are generally live in the present
14. They appreciate live in the present
15. They are able to reinvent themselves
16. They are making choices that shape their lives
17. They have a sincere interest in the welfare of others
18. They become deeply involved in their work and derive meaning from it
19. They are able to maintain healthy boundaries




Islam juga menekankan betapa pentingnya peranan kaunselor dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri kaunselor yang baik antaranya:

1. Hikmah (bijaksana)

Kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima pelanggan (klien) dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan menyenangkan atau cara kasar mengikut rentak yang sesuai dengan pelanggan yang ganas sekiranya cara itu boleh menawan hati pelanggan dan melemahkannya sebelum diajak berbincang dalam suasana penuh kemesraan.
2. Mau’izah (pengajaran yang baik)

Apabila kaunselor bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar pelanggan dapat membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang menakutkan
3. Mujadalah (dialog)

Berdialog dengan kliennya dengan memberikan hujjah-hujjah yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, kaunselor juga harus ada ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.
4. Ilmu Allah

Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya, maka hal ini boleh diambil pakai untuk kaunseling klien yang bermasalah bagi mencari ketenteraman jiwa.

Empat ciri-ciri yang dibincangkan ini juga menjadi pegangan kaunselor/terapis barat melalui teori yang dikemukakan oleh Carl Roger (Person Centered Therapy).

Jika berminat untuk meletakkan diri kita pada keadaan seperti yang dibincangkan diatas maka kita juga mampu menjadi seorang kaunselor.

Wednesday, January 19, 2011

Rahsia Wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.




19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Keistimewaan Seorang Wanita

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Wanita sebenarnya banyak keitimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.




9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.