Thursday, January 27, 2011

Ciri-ciri Menjadi Seorang Kaunselor Yang Hebat

Secara mudah kaunselor adalah orang yang menjalankan perkhidmatan "bimbingan" dan "kaunseling". Walau bagaimanapun dewasa ini ada profesion-profesion tertentu yang menyebut diri mereka juga sebagai kaunselor seperti ‘pest counselor’, ‘funeral counselor’, ‘car counselor’ dan sebagainya, tetapi tidaklah ia akan dibincang secara detail disini.

Menjadi seorang kaunselor bukan bermakna diri kita adalah seorang yang hebat, yang boleh ‘menaklok’ segala masalah, boleh melihat masalah dari raut wajah seseorang dan sebagainya. Fungsi kerja seorang kaunselor adalah didasarkan kepada falsafah kaunseling itu sendiri iaitu;

1. Kaunseling adalah berdasarkan pada pengiktirafan tentang digniti dan harga diri seseorang individu dan haknya untuk mendapat pertolongan pada waktu yang diperlukan.
2. Kaunseling perihatin pada perkembangan optimum keseluruhan individu.
3. Kaunseling mestilah menghormati hak individu menerima atau menolak pertolongan dan khidmat yang diberi padanya.
4. Kaunseling berkisar di sekitar kerjasama dan bukan paksaan.
5. Kaunseling mestilah diserahkan kepada orang yang mempunyai latihan dan pengalaman dibidang tersebut.
6. Fokus kaunseling ialah menolong individu menyedari dan menggunakan potensi dan keupayaannya dan bukan hanya menyelesaikan masalah yang ‘isolated’ atau berasingan.

Bagaimana menjadi seorang kaunselor yang therapeutic?

Menurut Gerald Corey (Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy), ada 19 cara yang ‘baik’ untuk menjadi kaunselor yang therapeutic:

1. Effective counselors have an identity
2. They respect and appreciate themselves
3. They able to recognize and accept their own power
4. They are open to change
5. They are expanding their awareness of self and others
6. They are willing and able to tolerate ambiguity
7. They are developing their own counseling style
8. They can experience and know the world of their client, yet their empathy is nonpossessive
9. They feel alive, and their choices are life-oriented
10. They are authentic, sincere, and honest
11. They have sense of humor
12. They make mistakes and are willing to admit them
13. They are generally live in the present
14. They appreciate live in the present
15. They are able to reinvent themselves
16. They are making choices that shape their lives
17. They have a sincere interest in the welfare of others
18. They become deeply involved in their work and derive meaning from it
19. They are able to maintain healthy boundaries




Islam juga menekankan betapa pentingnya peranan kaunselor dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri kaunselor yang baik antaranya:

1. Hikmah (bijaksana)

Kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima pelanggan (klien) dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan menyenangkan atau cara kasar mengikut rentak yang sesuai dengan pelanggan yang ganas sekiranya cara itu boleh menawan hati pelanggan dan melemahkannya sebelum diajak berbincang dalam suasana penuh kemesraan.
2. Mau’izah (pengajaran yang baik)

Apabila kaunselor bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar pelanggan dapat membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang menakutkan
3. Mujadalah (dialog)

Berdialog dengan kliennya dengan memberikan hujjah-hujjah yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, kaunselor juga harus ada ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.
4. Ilmu Allah

Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya, maka hal ini boleh diambil pakai untuk kaunseling klien yang bermasalah bagi mencari ketenteraman jiwa.

Empat ciri-ciri yang dibincangkan ini juga menjadi pegangan kaunselor/terapis barat melalui teori yang dikemukakan oleh Carl Roger (Person Centered Therapy).

Jika berminat untuk meletakkan diri kita pada keadaan seperti yang dibincangkan diatas maka kita juga mampu menjadi seorang kaunselor.

No comments:

Post a Comment